Tips Penjagaan Anak Kucing – Susu Penting!

September 30, 2008

Anak kucing yang baru dilahirkan masih terlalu lemah untuk melawan sebarang penyakit. Oleh itu, anak kucing anda perlu mempunyai antibodi di dalam badan. Namun antibodi anak kucing selalunya diperolehi dari induknya sendiri iaitu melalui air susu ibunya. Kolostrum adalah cecair pra susu yang dihasilkan dari puting susu induk setelah melahirkan anak dalam masa 48 jam pertama. Air susu ini berwarna keputihan serta kental dan ia mengandungi protein antibodi, vitamin dan beberapa nutrisi seperti immunoglobin, lactoferrin, lactalbumin, glycoprotein, cytokine dan lain-lain yang berkesan untuk melawan virus seperti bakteria, kulat, alergi dan toksin.

Kolostrum mengandungi khasiat yang lebih tinggi daripada susu dan ia sebenarnya membekalkan faktor imun untuk menyokong kehidupan dan faktor pertumbuhan bagi menjamin kesihatan dan daya hidup kepada anak kucing anda yang baru lahir.

Antibodi ialah proten yang berbentuk molekul besar yang akan berpecah menjadi kecil di dalam sistem pencernaan. Hanya setelah 24 jam tempoh air susu yang keluar kebiasaannya tidak akan mengandungi kolostrum lagi. Oleh itu anak kucing yang baru di lahirkan harus diberikan susu segera supaya mendapat antibodi yang masih mengandungi kolostrum. Kemudian, barulah kita boleh memberikan vaksin untuk menggantikan antibodi melalui susu induknya. Untuk pengetahuan anda, tidak semua antibodi yang terdapat dalam kolostrum akan memberi kebaikan kepada anak kucing anda. Jika anak kucing yang mempunyai perbezaan jenis darah dengan induknya kolostrum ini boleh mengancam nyawa anak kucing.

Tempoh kekebalan antibodi dari kolostrum sebenarnya adalah bergantung kepada jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing. Oleh itu jika jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing adalah kurang, maka potensi kekebalan anak kucing juga adalah rendah. Antibodi dalam kolostrum juga dikenali sebagai antibodi maternal. Antibodi maternal yang terdapat pada darah anak kucing akan berkurangan sedikit demi sedikit, dalam tempoh minggu ke 6 – 8. Oleh itu anak kucing sebaik-baiknya diberikan vaksin pada umur 9 minggu, agar anak kucing mempunyai kekebalan antibodi yang cukup untuk melawan sebarang penyakit dan seterusnya barulah anak kucing anda diberikan vaksin mengikut jadual.

About these ads

24 Responses to “Tips Penjagaan Anak Kucing – Susu Penting!”

  1. nor Says:

    saya baru sahaja menjumapai seekor anak kucing (kurang 1 bulan umurnya) .. tetapi saya ada masalah untuk memberinya susu.. saya telah pergi beberapa buah kedai peliharaan tetapi masih tidak menjumpai susu formula yang sesuai untuk anak kucing saya.. macam mana saya nak atasi masalah ini

  2. aku Says:

    hi nor, slalunya kalau tiada di kedai haiwan peliharaan, nor boleh pergi terus ke kedai khusus yg menjual MAKANAN haiwan peliharaan, yg selalunya turut menjual accessories tambahan termasuk permainan dan pelbagai lagi untuk haiwan peliharaan.

    ianya penting untuk kita mendapatkannya, untuk memastikan jangkahayat kucing tersebut terus survives tanpa ibunya yg menjaganya.

  3. farid Says:

    kwn sy bg sy 2 ekor anak kucing yg berumur sebulan lbh…sy ingin si kucing sihat..tp kadang2 anak kucing ni berak cirit birit sehinggakan sy tension nk basuh taiknya..sy juga mahu si kucing punya bulu tidak gugur kerana mahu bulu itu untuk mencantikkan anggotanya..bagaimna cara penjagaan yg betul??

  4. NANA Says:

    hai..sy ader mslh ckit..sy ader jumpa ank kucing xlebh dari 2 bln..badannya sgt kurus dan tidak mmpu berjln..penuh dengan kutuk dan kurang bulu dibadan dan jugak terdpt kesan luka sprti di gigt haiwan lain..aper ptt syg buat slain menghantar ke klinik haiwan aper kaedah sendiri yg boleh bantu sy menyelamatkan kucing tersebut??

  5. ai Says:

    salam..
    hai..

    saya ade jumpa 3 ekor anak kucing tanpa ibu rase-rase baru berumur 2 minggu…2ekor dah meninggal dunia sekarang tinggal seekor je…saya harap dia mampu bertahan sehingan dewasa…
    sekarang saya hanya bagi minum susu nespray je..
    sebab kat sini memamg tak ade pusat,klinik atau kedai untuk yang menjual barang haiwan..
    apa yang perlu saya buat?

  6. esh Says:

    elo..
    saya ada 3ekor anak kucing yang baru sebulan dilahirkan..tiga2 ekor mmg sihat tetapi sejak akhir2 ni,kesemuanya mcm menghidap penyakit bulu gugur yang bertompok dan kesan pada bahagian bulu gugur tu terasa kesat..jiran nasihatkan saya lumurkan pd bahagian sakit tu dgn pokok lidah buaya..adakah saya perlu ikut atau ada nasihat lain yg perlu saya fikirkan???

  7. yaya Says:

    saya jumpa anak khucing yang baru lahir….anak kucing tu masih betali pusat…tapi saya tak tahu…mcm mana nak menjaga anak kucing tersebut…makanan apa yg perlu saya bagi kepada anak kucing yang baru lahir tanpa ibu…

  8. jue Says:

    saya mempunyai seekor anak kucing yg baru berumur satu bulan yg diberikan oleh kawan saya.masalah kucing saya selalu sangat mempunyai tahi mata dan banyak…kenapa dan bahaya kah pada kesihatan kucing saya..harap boleh tolong bantu saya…

    • aku Says:

      anak kucing yg tiada ibu biasa jika kelihatan byk tahi mata, kerana kotor dan faktor kesihatan. makanya kita kena bantu dia bersihkan. bg dia makan dan minum makanan yg sesuai. jika ibu dia ada bersama, biarkan sahaja kerna ibunya kan uruskan anaknya secara semulajadi.

  9. munira Says:

    saya ade jumpe ank kuching yg sya pun x taw bpe thn..frist time sye bele ank kuching nieh..x bkak mate lg tp keesokkan ari nye die da bole jln n bole mengiaw tp die still x bole bkak mate..knp ek?? ke mmg die mcm 2..n mk sye x bg bli susu yg khas utk kuceng nieh so sye bg jelah susu yg ade kat uma sye 2,bole ke??sye da bg kat kuching yg bsa kat uma sye tpi die mcm nmpak antoo jeh pas2 die lari x bg pon susu die kat ank kuceng 2,knp ek??

    • aku Says:

      hi munira,
      susu biasa tu x berapa ok sbb x sesuai dgn zat utk kucing, tp lebih baik bagi dr biarkan dia kelaparan. kalau dia dah pandai makan, boleh beli makanan anak kucing dan ajar dia makan makanan tu sbb bagus utk zat dia. harga x mahal kalau kat 7eleven dlm rm1-rm1.80 jer utk packet kecik. kalau dh bg makanan tu, bg dia minum air bersih kosong pun dah ok. lg bagus kalau air masak.

      kalau x buka mata tu, mungkin sbb dia kecil lagi. sesekali boleh juga kita bersihkan mata dia kalau kotor sbb kalau ibunya ada, ibunya yg kan bersihkan bulu dan badan anak dia. hati2, jgn bg dia dekat dgn kucing jantan liar, mugkin kucing jantan tu akan bunuh dia kalau ada peluang.

  10. eika suci Says:

    hai..sy ader 1 mslh.sy br terjumpa 2 ekor anak kucing yg msh btali pusat…sy xtau bagaimana untuk mgurusknya…kini sy hnya mberi ank kucing minum susu lembu tp sy tkt susu tsebut xsesuai untk anak kucing..apakah susu yg sesuai untuk ank kucing yg br lahir?malah sukar utk sy myususuknkya…adakah tdpt botol susu yg sesuai utk anak kucing…

    • Jia Says:

      hai eika suci, untuk pengetahuan eika, susu lembu tidak elok diberikan kepada anak kucing kerana ia boleh membuatkan anak kucing itu sakit perut ini boleh dilihat dengan perubahan najisnya. Susu anak kucing sekarang banyak dijual dipasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Carrefour. Kat kedai haiwan pun banyak, harga lebih kurang RM 11. botol susu pun ade dijual di pasaraya. Kini mudah didapati. Cume eika perlu menebuk lubang pada puting botol susu itu sendiri. Susu tepung kucing itu contohnya berjenama Nicki.

  11. eyna Says:

    salam…
    baru2 ni kakak ipar saya bagi seekor anak kucing pada saya sbb ibunya dah xnak jaga anaknya lagi..ibu dier pegi crk kucing jantan lain…saya dah beri susu yang spatutnya untuk anak kucing tulah..n makanan yang mmg khas untuk kucing..masalahnya..anak kucing ni makan n minum jer..tapi, dier xberak..saya bingung..saya takut dier xpandai berak sendiri sb saya pun xpasti berapa umur dier..tapi, dier dah boleh berjalan, berdiri, makan tapi kalau dier berdiri masih xberapa stabil la..kalau betol dier perlukan bantuan untuk berak, gmane yek caranya…?

  12. tasha Says:

    hai…tasha mjumpai 2 ekor anak kucing persian yg ibu ye beranak diblkg uma mak tasha oleh kerana ibu ye sudah tiada lagi dtg tasha tlh mgambil ye ketika umur nya baru 1 bulan 2 mggu lbh krg mcm tu la,yg jd masalah nya skarg tasha tlh namakan seekor comel -male n comby -female tp sicomel slalu sangat bersin2 lbh dr 10 kali dlm 1jam n mengeluarkan hingus bwarna kuning,tasha telah p g mbawa ke2 nya ke klinik veterinan na doctor mberi makan ubat selsema-kapsul,hingus brupa ubat-air bwarna putih slama 1 minggu comel mkn kesemua ubat yg tlh tasha berikan shingga habis n tasha tambahkan dgn mbeli vitamin brupa -air kpd ke2 anak kucing tp smpy dah masuk 3 minggu comel still mcm tu mcm mana lagi tasha nak buat untuk myembuhkan selsema n hingus si comel sbb tasha kesian kan comel kesukaran bnafas n stiap kali balik dari kerja tasha pasti kena mengelap hingus yg dah kering di hidungnya mbtkan tasha sedih mlihat betapa siksa kesukaran bnafas….bleh x bantu tasha dlm hal sedemikian rupa secpt yg bleh?

  13. ezatee Says:

    saya ada kucing yg berumur 2 dan 3 tahun.saya menjumopainya di kapung saya.tetapi kucing itu tidak mempunyai ibu.bagaimana saya hendak memberinya susu?

  14. Jia Says:

    bagaimana nak ajar anak kucing yang berusia lebih 2 bulan supaya minum air putih sendiri? kerana dia selama ni asyik diberikan susu dalam botol sahaja. Kalau dia asyik bergantung pada botol susu susahlah saya kalau nak meninggalkan dia walau pun sehari

  15. reena Says:

    reena ade trjumpa 2 ekor kucing yg bru sgt lahir…kucing tu ditinggalkan tapa ada apa2 barang or maknye…reena nak tau macam mana nak buat penjagaan yang betul terhadap kucing,,reena dah beri susu…cuma reena takut kucing tu mati kerana di beri penjagaan yang salah…

  16. haliz Says:

    saya ade anak kucing…
    apa yang perlu saya buat jika ibu kucing tersebut tidak mempunyai ibu….adakah perlu memberikan susu yang dibeli atau tidak…dan mengapa kucing tersebut suka duduk di atas peha saya dan tidak mahu duduk di sangkar…jika di letak kan di sangkar mulut nya sngt bising…

  17. syuhadah Says:

    salam saya ada masalah tentang ibu kucing tidak mahu menyusukan anak nya, dan skg ibu kucing itu telah lari meninggalkan anak2 nya. tolong saya macam mana nak jaga anak kucing itu dari mati begitu saja . respond anda amat saya harapkan. ASAP terimakasih

  18. asmay Says:

    kucing saya melahirkan anaknya seminggu yang lepas… so bilakah kucing boleh dimandikan.. kerana kecian tengok kucing asyik mengaru telinga kerana gatal…

  19. sofea Says:

    sye ade trjumpa 2 ekor ank kucing brsama ibunya.tpi dia gebu sangat terasa nk mbik..mcm mne nk jge die sbb die ade mk .nk jge ank ke mak?

  20. SJ fan1 Says:

    saya duduk kat umah flat…satu hari tu saya nmpk 4 ekor anak kucing yg dah tidak bertali pusat dan sebelah matanya terbuka…saya pun mengambil satu…saya cuma melatakkannya di dalam kotak yang dilapik dengan surat khabar dan dialas lagi dengan kain… adakah itu baik untuknya ? saya bagi dia minum susu pekat yg dicampur dengan air kerana saya x boleh pergi ke kedai kerana kaki saya sakit….adakah kucing itu akan sakit ?

  21. iqa Says:

    tips utk anak kucing..

    jika anak kucing itu tiada ibu, beri mereka susu…susu yang paling baik ialah kitten milk replacer..boleh didapati di klinik haiwan atau kedai menjual mknn haiwan…insya-Allah, mereka akan bertahan lebih lama..

    me: seorang penyayang pada kucing..6 cats with me rite now..however, the kitten had kurap..any tips? =(


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: